Muslim.

*Apa Erti Saya Seorang Muslim?*

Sebagai Muslim ertinya saya menerima Islam sebagai cara hidup saya dari sudut Aqidah kepercayaan, Syariat berperaturan dan Akhlak keperibadian.

Sebagai Muslim ertinya saya beriman dan percaya di hati tentang kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya, para Malaikat yang menjadi tentera dan utusannya menguruskan Alam, Rasul-rasul utusan di kalangan manusia yang membawa wahyu-Nya dan memimpin manusia ke jalan-Nya, Kitab-kitab yang diturunkan menerusi Rasul-rasulnya sebagai panduan hidup manusia, kewujudan Hari Akhirat sebagai destinasi akhir kehidupab manusia selepas kematian dan kehancuran alam dunia dan percaya dengan segala Qada dan Qadar ketentuan Allah terhadap perjalanan hidup manusia sama ada baik dan buruk.

Sebagai Muslim ertinya saya memberi kesaksian bahawa Allah sebagai Tuhan Yang Esa Layak disembah dan diberikan ketaatan perhambaan, Muhammad sebagai Rasul utusan Allah, saya wajib mengerjakan ibadat Solat 5 kali sehari semalam, berpuasa pada bulan Ramadhan, menunaikan Zakat pada harta-harta dan menunaikan ibadah Haji di Mekah sekiranya berkemampuan.

Sebagai Muslim ertinya saya hidup menurut Syariat Allah yang mengandungi peraturan hidup beribadah kepada Allah dengan ibadah yang khusus, peraturan hidup kekeluargaan, peraturan hidup bermasyarakat, peraturan melibatkan penjanaan ekonomi dan harta benda di kalangan manusia, peraturan pengurusan negara dan negeri yang memberi kemaslahatan kepada rakyat dan peraturan serta prinsip keadilan dalam kesalahan jenayah di kalangan manusia.

Sebagai Muslim ertinya saya berakhlak dengan akhlak keperibadian mulia dalam berhubungan dengan Allah dan juga manusia sama ada muslim atau tidak sehingga terjalin keharmonian hidup di kalangan manusia yang pelbagai bangsa dan agama.

Itulah erti saya sebagai Muslim.

Dr Khairuddin Takiri
Selasa 20.6.2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0YmDdMyrQr6a12NLK7TRq4KBfUFKZAeepcubfavbsp21sXfFm2caWNbUDvvEerK5Ll&id=100044735640354&mibextid=Nif5oz

Ahli salik.

السلام عليكم ورحمة الله

*KEPADA AHLI2 SALIK SEMUA*

*Pengisian Suluk* :
1. Kurang makan, kurang bergaul, kurang tidur & kurang bercakap..
2. Zikir & munajat.. Biasanye zikir 70000 sehari semalam. Lebih lg bagus..
3. Bangun malam.. Tahajjud, taubat, witir dll…
4. Solat jemaah setiap waktu.. Dtg awal 30 minit sebelum masuk waktu solat..
5. Setiap hari 3 kali Khatam Tawajjuh (batu) & 4 kali Tawajjuh
6. Kekal berwuduq sepanjang masa. Menangguhkan wuduq kena dam (denda).

Antara Jadual Program Suluk :
Lps solat subuh – Khatam Tawajjuh & Tawajjuh.. Masuk kelambu… Dhuha.. Dibenarkan tidur sebentar waktu Qailullah utk ambil tenaga berjaga malam.
Lps solat Zohor – Tawajjuh… Masuk kelambu..
Lps solat Asar – Baca Surah Yaasin, Khatam Tawajjuh & Tawajjuh…
Lps solat Maghrib – masuk kelambu..
Lps solat Isyak – Khatam Tawajjuh & Tawajjuh… Masuk kelambu..
Qiyamullail setiap hari pkl 3.30 pagi..

– Tidur hanya dibenarkan selepas pkl 12 tgh mlm..
– Lapor warid setiap 3 hari iaitu pd hari ke 3, 6, 9 & seterusnya…
– kenaikan makam & penerangan makam diterangkan oleh Syeikh & Qossim
– tertakluk kepada perubahan yg akan ditentukan oleh Sheikh.

ZST


Keperluan diri waktu suluk :

Tuala mandi
Jubah putih
Kain pelekat
Serban
Kain Kelubung
Tasbih
Singlet Haji
Toto atau tikar utk alas tidur
Bantal
Berus gigi, ubat gigi & sabun disediakan

*TOLONG JANGAN BAWA SABUN, UBAT GIGI ATAU APA SAJA PRODUK BUKAN MUSLIM… HARAP MAKLUM*