*BANJIR DI SELANGOR BUKAN SALAH KERAJAAN BN*
Femes juga lah kawasan aku kat Taman Sri Muda ni sejak banjir besar melanda Selangor pada 18 DIS 2021 itu hari. Sebenarnya aku pun dah agak akan berlaku banjir besar di kawasan kediaman kami kerana hujan turun selama dua hari tanpa henti sejak Jumaat 17hb membawa ke Sabtu 18 DIS lalu. Cuma kami tidak menyangka ia akan menyebabkan banjir berskala besar seperti yang dialami sekarang.
Sambil itu aku juga terbaca macam-macam cerita yang ditularkan didalam media sosial mengenai banjir kat Selangor ini. Ramai betul mereka yang merasai diri mereka sebagai pakar dengan membuat pelbagai andaian dan tuduhan bukan-bukan. Yang buat aku geram ialah mereka ini berada jauh dari tempat kejadian tapi berlagak macam mereka lebih tahu daripada apa yang kami penduduk yang terjejas ini alami. Rasa nak tunjuk jari tengah je kat dorang ni.
Pihak ini bukan main menghentam Kerajaan Persekutuan seolah banjir ini ciptaan Ismail Sabri sebab sengaja nak sabotaj Kerajaan PH di Selangor. Bangang sungguh! Mereka yang percaya bulat-bulat apa yang dorang spin tu pun sama je bangangnya.
Banjir besar dan kenaikan air mendadak itu adalah disebabkan turunan hujan pada skala luar biasa yang antara lain disebabkan juga oleh taufan Ray berasal dari Filipina. Ia bukanlah suatu fenomena biasa yang pernah kita alami. Kita tak ada butang _stop_ yang boleh ditekan untuk hentikan serta merta bencana alam ini seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.
Ketika berlakunya banjir tersebut kami penduduk Shah Alam sebuk menyelamatkan diri masing-masing dan apa jua barangan yang dapat diselamatkan. Tak ada pun orang Shah Alam yang terpekik terlolong bertanya _mana PM?_mana NADMA? mana MKN? mana BOMBA?_ Kami bertindak sendiri dan redho kerana kami tahu tidak ada apa pun yang boleh dibuat untuk menyekat asakan banjir itu. Itulah sebabnya ia dinamakan bencana alam.
Menyalahkan mana-mana pihak bukanlah penyelesaian yang kami inginkan sekarang. Selain daripada penyaluran bantuan yang sangat diperlukan itu (terutama makanan yang di masak), kami penduduk Shah Alam dan Selangor amnya, ingin juga mengetahui apakah langkah dan perancangan proaktif Jangka Pendek dan Jangka Panjang yang akan Kerajaan Selangor laksanakan untuk mengelak kesan banjir besar seperti yang dialami ini. Kami nak tahu ada ke pelannya? Atau nak tunggu banjir berlaku lepas itu mula salahkan orang lain seperti apa yang ADUN Hulu Kelang Saari Sungib buat iaitu menghasut mangsa banjir mengambil tindakan undang-undang mahkamah terhadap PM. Adakah itu jalan penyelesaian yang bijak?
Saya perhatikan tanggungjawab menguruskan bencana alam ini banyak terletak kepada Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Menteri Besarnya Amiruddin Shaari adalah Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri yang berkuasa keluarkan arahan untuk koordinasi pengurusan bencana. Apa yang diamalkan sekarang ialah tindakan reaktif kepada bencana yang melanda sedangkan banyak perkara yang berbentuk preventif gagal dilaksanakan.
Kerajaan Selangor juga tidak mempunyai pelan jangka panjang bagi menangani isu banjir ini sedangkan ia tahu Selangor kerap dilanda banjir kerana kedudukan topografinya yang rendah dengan paras laut.
Kerajaan BN Selangor sebelum tahun 2008 pernah memulakan projek tebatan banjir berskala besar yang dinamakan _Canal City_ dengan peruntukan RM3 bilion. Ia melibatkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18 km merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat. Matlamatnya ialah mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak. Selain itu ia juga akan di gunakan sebagai takungan air yang amat besar untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air penduduk Selangor.
Namun projek tebatan air ini dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Selangor pada tahun 2011 dengan alasan ianya tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat Selangor.
Hari ini kerajaan PH tanpa sedikit pun rasa bersalah telah menyalahkan Kerajaan Persekutuan apabila berlaku banjir di Selangor. Inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat Selangor yang termakan hasutan dan janji manis pihak PH ketika itu.
*Kassim Che Pa*
Shah Alam
